Yusrin Ilyana

Two hearts, Two souls, one love

Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 2 August 2011

Ramadhan di perantauan - Iftar pertama

Assalamualaikum!
di kesempatan ini, nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat...
Semoga Ramadhan kali ini memberi makna yang besar kepada kita semua...
Sama-samalah kita perbaiki diri dan menggunakan peluang yang ada (time syaitann tengah kena ikat ni kannn) untuk top-up iman kita semua banyak-banyak... :)

First time ryn berpuasa dan bakal beraya dengan kawan-kawan je tanpa parents dan family yang lain...
malam 31 July, budak-budak rumah ryn ada buat biskut raya sket (semangat kau!!) pastu sambil-sambil membusykan diri di dapur, boleh la pulakkkk pegi nyanyi lagu rayaa...pastu semua pakat sedih tak boleh balik...
sedih tak dapat nak tengok pengumuman puasa, dengar azan dan takbir nanti ni..rindu jugak suasana terawikh di Malaysia...

kami di sini, malam 31 July tu, bila da komfem puasa esoknya, maka kami pun berjemaah dengan ahli rumah je solat terawikh...
da lupa cane nak solat??GOOGLE lah antara pilihan yang ada.... (terasa dapat hands-on learning pasal apa nak buat bila masuk bulan puasa dan independent gituuu)
Yer ar, masa kat Malaysia, everytime masuk bulan ramadhan or syawal, parents kita ada untuk ingatkan....
Imam dah sedia nak tolong imamkan solat..dok jauh ni,pepandai kau la nak cari jalan tuju en....

Sebab ini ramadhan pertama kami di bumi kangaroo ni..Cohort committe buat iftar untuk satu cohort..sapa yang free dan takde kelas,leh pegi iftar dan buka puasa sama-sama...ryn sempat gi sebab kelas habis awal..ada kawan2 yang kena buka puasa dalam kelas...hoihh memang touching tak hengatlah time tu !!


The Ladies sibukkk di dapurr

Lelaki sikit?jangan pelik..there are only 8 guys in my cohort...
limited choice! :P

Geng ganu datang dengang bendera..dop aci gitu ah! semangak bawok bendera ! :P

Kenangan di rumah MJ.. :)

All the beautiful ladies giving their best shot right after we finished our terawikh ^^
Sebut pasal terawikh,tengah seronok terawikh, da nak abes da ni..tinggal nak buat witir.tetibe ade la pulak datang tuan rumah ketuk-ketuk pintu...Jiran report bising dan cakap kitorang ramai sangat kat rumah MJ... So tuan tanah/tuan rumah tu datang buat spot check..dia ingat kami semua datang nak tidow kat situ....hold skejap terawikh untuk lebih kurang 15 minit....

well, kat aussie ni satu rumah tu limited orang yang boleh duduk menyewa..bukan macam kat malaysia..
kat aussie, kalau kita nak bayar AUD5000 skalipun untuk duduk ramai-ramai, dia tetap tak kisa..dia pentingkan privacy orang sekeliling...kalau dia kata satu rumah leh duduk 4 orang,makanya 4 je la yang boleh duduk..kalau duduk lebih dari 4 orang,bleh kena saman ouh!!

dan kalau buat bising and sampai polis datang,sila sediakan ribu riban dolar untuk bayar saman!
huh! seriously, hujan emas kat malaysia,hujan batu pun kat malaysia...bersyukur lah wahai rakyat malaysia...
ada kat malaysia,aman damaiii je nak menganut agama kita..kat tempat orang,sentiasa teruji....
Allah sayang,Allah uji...tapi takut jugak!tempat orang oi kalau jadi pape..susah! nauzubillah min zalik! 


Last shot dari geng ganu+penang! ^^
p/s :Iftar pertama tak de la rasa terlalu sayu sangat sebab berbuka beramai-ramai...

2 comments:

SG said...

Bestnye akak.Selamat berpuasa! :P

Yusrin Ilyana said...

:) thz ..selamat berpuasa jugak :)

Post a Comment