ini adalah huraian dari surah 31, surah luqman..
Surah Luqman ni mengenai Luqman yang dianugerahi Allah swt dengan nikmat dan ilmu pengetahuan dan kesyukuran luqman terhadap pemberian Allah SWT. Dalam surah ni jugak ada nasihat-nasihat Luqman untuk anaknya pda ayat 13-19.
Ada 4 perkara utama dalam surah ni.
1- Keimanan
2- Hukum-hukum
3- Kisah-kisah Luqman,ilmu dan hikmat yang diperolehi
4- Celaan terhadap org musyrik
out of these four main thing, rin nak sentuh number 1 dan number 4 tu je...
Mengenai Keimanan.
Sebagai manusia yang diberi akal, kita digalakkan untuk meneroka dan menghayati alam serta menghargainya dan BERFIKIR..
"Al-quran adalah petunjuk dan rahmat yang dirasakan benar oleh orang2 mukmin. Keadaan di langit dan di bumi serta keajaiban yang ada diantaranya terdapat bukti keesaan dan kekuasaan Allah SWT.Manusia tidak akan selamat kecuali dengan taat kepada perintah2 Tuhan dan berbuat amal2 soleh."
Mengenai celaan terhadap orang musyrik
"orang- orang yang sesat dari jalan Allah dan selalu memperolok-olokkan ayat-ayat Allah dicela kerana tidak menghiraukan seruan untuk memerhatikan alam dan tidak menyembah Penciptanya."
both definition is quoted from Al-quran dan Tafsir wakaf dari Fahd bin Abdul Aziz Al Su'ud pelayan dua tanah suci Raja.
maka dengan itu, kita sebagai manusia dan hamba Allah yang diberi akal dan anugerah pancaindera....
jangan mengsia2kan anugerah itu...berjalanlah di bumi Allah ini walau sejengkal untuk mencariNya...
Lihatlah sekeliling kawasan rumah kita, pokok,bentuk muka bumi, langit, kejadian siang dan malam, bintang dan sebagainya...maksimumkan pemikiran,basahkan lidah dan hati dengan memanjatkan kesyukuran atas keindahan alam yang Allah kurniakan...
:)
Next entry, rin akan start cerita pasal tempat-tempat yang rin sempat melawat sejak datang belajar kat Australia ni.. :)
kalau sempat,rin akan update pasal tempat-tempat kat Malaysia jugak.. ;)
salam :)
Saturday, 16 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment